Berita Harian, Khamis, 29 Mac 2007
SUBANG JAYA: Kerajaan mensasarkan lebih 20 kontraktor Bumiputera terutama kelas F mampu menjadi vendor industri pembinaan negara, khususnya dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan pengedar bahan binaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop, berkata pembabitan hanya 40 kontraktor Bumiputera seluruh negara dalam sistem berkenaan termasuk sebahagian kecil kontraktor kelas F, pada tempoh tiga tahun, menunjukkan perkembangan agak perlahan.
Jumlah itu, katanya, adalah terlalu kecil berbanding bilangan kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sehingga bulan lalu, seramai 46,473 kontraktor dan 32,022 daripadanya adalah kontraktor kelas F.
Beliau berkata, jumlah itu juga membabitkan kontraktor yang mengeluarkan produk binaan secara kecil-kecilan.
Sehubungan itu, katanya, kesedaran supaya kontraktor terutama kelas F memperluaskan cabang kerja masing-masing perlu dipertingkatkan, bagi memastikan mereka tidak berharap terhadap kerja pembinaan semata-mata.
“Kontraktor perlu didedahkan dengan meluas faedah menyertai IBS yang menggunakan teknologi berbeza, berbanding cara konvensional digunakan sebelum ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Custom Search
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment